Friday, February 12, 2016
Thursday, February 11, 2016
PENULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL BESERTA CONTOH
PENULISAN HURUF
- Pada bahagian ini, penulisan huruf yang akan saya kupas ialah penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
HURUF BESAR
Penggunaan Huruf Besar
|
Contoh
|
Huruf pertama pada awal ayat.
|
· Hujan lebat semalam telah memyebabkan beberapa kawasan banjir kilat.
|
Huruf pertama dalam petikan langsung.
|
· Menteri Pelajaran berkata "Saya akan memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan dalam mencapai matlamat Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia."
|
Huruf pertama setiap unsur nama orang.
|
· Muhammad Adam Danish.
· Aishah Umairah.
· Abdul Rashid.
|
Huruf pertama ganti nama untuk tuhan.
|
· Dia, Nya, Yang Maha Pemurah
dan Penyayang
|
Gelaran atau jawatan seseorang tetapi diikuti dengan nama penyandang.
|
· Pegawai Audit Encik Ramli bin Sabri.
· Ketua Pengarah Operasi Dato' Manimaran a/l Perumal
|
Huruf pertama nama jabatan, kementerian dan seumpamanya.
|
· Institut Aminuddin Baki.
· Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.
· Unit Komunikasi dan Koperat.
· Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Huruf pertama setiap unsur gelaran kehormat, rujukan kehormat, nama gelaran pangkat atau keturunan dan nama gelaran agama yang diikuti dengan nama orang.
|
· Yang Berbahagia Tuan Syed Borhan bin Syed Bustamam.
· Raja Ahmad Alauddin.
· Tun Seri Dr. Mahathir Mohammad.
|
Huruf pertama sapaan dalam surat rasmi tetapi tidak perlu diikuti nama orang.
|
· Yang Berhormat Dato'.
· Tuan Haji.
· Tuan, Puan.
|
Huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran serta peristiwa bersejarah.
|
· Masihi, Hijriah, Syawal, Oktober,Hari Raya Korban, Hari Pekerja, Israk dan Mikraj.
|
Huruf pertama nama bangsa,suku bangsa dan bahasa.
|
· kaum Bidayuh, bangsa Arab, bahasa Cina, orang Inggeris.
|
Huruf pertama nama atau judul buku, majalah, akhbar dan karangan atau artikel.
|
· Berita Harian, Konserto Terakhir, Antologi Anak Laut, "Pembentukan Kata Terbitan", Majalah Diskusi Minda, Jurnal Dewan Bahasa.
|
Huruf pertama dalam nama geografi dan nama tempat (seperti negeri,negara,daerah, taman dsb)
|
· Semenanjung Malaysia, Pelabuhan Klang Barat, Jalan Permata.
|
Huruf pertama dalam singkatan nama gelaran, pangkat dan sapaan dan terdiri daripada satu nama sahaja.
|
· Pn. Hadijah Harun.
· Sjn. Hassan.
· Prof Azizi b. Aziz.
|
Huruf pertama dalam setiap perkataan yang diulang penuh dalam kata ganda.
|
· Undang-Undang Kecil Persekutuan, Pertubuhan-Pertubuhan Belia Malaysia, Peguam-Peguam Mahkamah Syariah, Mufti-Mufti Malaysia.
|
Semua huruf yang membentuk singkatan nama khas.
|
· MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), SM (Sebelum Masihi), DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).
|
Huruf pertama sesuatu akronim.
|
· Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara), Intan (Institut Tadbir Awam Negara)
|
Membentuk akronim nama khas hasil percantuman huruf awal setiap kata dalam rangkai kata atau frasa.
|
· ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), USM (Universiti Sains Malaysia).
|
Semua huruf yang membentuk singkatan rujukan kehormat, jawatan dan pingat kebesaran
|
· YM (Yang Mulia), YAB (Yang Amat Berhormat), PJK (Pingat Jasa Kebaktian), JP (Jaksa Pendamai)
|
HURUF KECIL
Penggunaan Huruf Kecil
|
Contoh
|
Kata bangsa, suku, dan bahasa ditulis dengan jika berada di tengah kalimat.
|
· Para pakar sedang merumuskan aturan pengindonesiaan istilah asing.
|
Huruf pertama nama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang tidak diikuti nama orang.
|
· Ibunya menunaikan ibadah haji.
· Ia merupakan seorang sultan yang bijaksana.
|
Huruf pertama nama jabatan dan pangkat yang tidak diikuti nama orang, nama instansi, atau nama tempat.
|
· Bulan lalu ayahnya dilantik menjadi menteri.
· Pertemuan itu dihadiri beberapa jenderal.
|
Huruf pertama kata bin atau binti.
|
· Ahmad bin Marsuki.
· Siti Fatimah binti Rahman
|
Huruf pertama nama orang atau nama geografi yang digunakan sebagai nama jenis atau satuan ukuran.
|
· 10 volt,
· 5 ampere,
· mesin diesel,
· garam inggris,
· gula jawa, jeruk bali.
|
Huruf pertama nama dalam geografi yang tidak khas.
|
· Berlayar sampai ke teluk.
· Kami menyeberangi sungai yang dangkal.
|
Wednesday, February 3, 2016
Saturday, January 30, 2016
Friday, January 29, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)