Friday, February 12, 2016

Thursday, February 11, 2016

PENULISAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL BESERTA CONTOH

                                    PENULISAN HURUF

  •   Pada bahagian ini, penulisan huruf yang akan saya kupas ialah penggunaan huruf besar dan huruf kecil.




                                                           HURUF BESAR

Penggunaan Huruf Besar

Contoh
Huruf pertama pada awal ayat.
· Hujan lebat semalam telah memyebabkan beberapa kawasan banjir kilat.
Huruf pertama dalam petikan langsung.
· Menteri Pelajaran berkata "Saya akan memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan dalam mencapai matlamat Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia."
Huruf pertama setiap unsur nama orang.
·  Muhammad Adam Danish.
·  Aishah Umairah.
·  Abdul Rashid.
Huruf pertama ganti nama untuk tuhan.
·  Dia, Nya, Yang Maha Pemurah   
 dan Penyayang
Gelaran atau jawatan seseorang tetapi diikuti dengan nama penyandang.
·      Pegawai Audit Encik Ramli bin Sabri.
·      Ketua Pengarah Operasi Dato' Manimaran a/l Perumal
Huruf pertama nama jabatan, kementerian dan seumpamanya.
·      Institut Aminuddin Baki.
·      Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya.
·      Unit Komunikasi dan Koperat.
·      Dewan Bahasa dan Pustaka
Huruf pertama setiap unsur gelaran kehormat, rujukan kehormat, nama gelaran pangkat atau keturunan dan nama gelaran agama yang diikuti dengan nama orang.
·      Yang Berbahagia Tuan Syed Borhan bin Syed Bustamam.
·      Raja Ahmad Alauddin.
·      Tun Seri Dr. Mahathir Mohammad.
Huruf pertama sapaan dalam surat rasmi tetapi tidak perlu diikuti nama orang.
·      Yang Berhormat Dato'.
·      Tuan Haji.
·      Tuan, Puan.
Huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran serta peristiwa bersejarah.
·      Masihi, Hijriah, Syawal, Oktober,Hari Raya Korban, Hari Pekerja, Israk dan Mikraj.
Huruf pertama nama bangsa,suku bangsa dan bahasa.
·      kaum Bidayuh, bangsa Arab, bahasa Cina, orang Inggeris.
Huruf pertama nama atau judul buku, majalah, akhbar dan karangan atau artikel.

·      Berita Harian, Konserto Terakhir, Antologi Anak Laut, "Pembentukan Kata Terbitan", Majalah Diskusi Minda, Jurnal Dewan Bahasa.
Huruf pertama dalam nama geografi dan nama tempat (seperti negeri,negara,daerah, taman dsb)
·       Semenanjung Malaysia, Pelabuhan Klang Barat, Jalan Permata.
Huruf pertama dalam singkatan nama gelaran, pangkat dan sapaan dan terdiri daripada satu nama sahaja.
·      Pn. Hadijah Harun.
·      Sjn. Hassan.
·      Prof Azizi b. Aziz.
Huruf pertama dalam setiap perkataan yang diulang penuh dalam kata ganda.
·      Undang-Undang Kecil Persekutuan, Pertubuhan-Pertubuhan Belia Malaysia, Peguam-Peguam Mahkamah Syariah, Mufti-Mufti Malaysia.
Semua huruf yang membentuk singkatan nama khas.
·      MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), SM (Sebelum Masihi), DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka).
Huruf pertama sesuatu akronim.
·      Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara), Intan (Institut Tadbir Awam Negara)
Membentuk akronim nama khas hasil percantuman huruf awal setiap kata dalam rangkai kata atau frasa.

·      ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), USM (Universiti Sains Malaysia).
Semua huruf yang membentuk singkatan rujukan kehormat, jawatan dan pingat kebesaran
·      YM (Yang Mulia), YAB (Yang Amat Berhormat), PJK (Pingat Jasa Kebaktian), JP (Jaksa Pendamai)






                                         HURUF KECIL

Penggunaan Huruf Kecil

Contoh
Kata bangsa, suku, dan bahasa ditulis dengan jika berada di tengah kalimat.
·         Para pakar sedang merumuskan aturan pengindonesiaan istilah asing.

Huruf pertama nama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang tidak diikuti nama orang.
·         Ibunya menunaikan ibadah haji.
·         Ia merupakan seorang sultan yang bijaksana.
Huruf pertama nama jabatan dan pangkat yang tidak diikuti nama orang, nama instansi, atau nama tempat.
·         Bulan lalu ayahnya dilantik menjadi menteri.
·         Pertemuan itu dihadiri beberapa jenderal.
Huruf pertama kata bin atau binti.

·         Ahmad bin Marsuki.
·           Siti Fatimah binti Rahman
Huruf pertama nama orang atau nama geografi yang digunakan sebagai nama jenis atau satuan ukuran.
·         10 volt,
·         5 ampere,
·         mesin diesel,
·         garam inggris,
·         gula jawa, jeruk bali.
Huruf pertama nama dalam geografi yang tidak khas.

·      Berlayar sampai ke teluk.
·     Kami menyeberangi sungai yang dangkal.

PERSUKUAN